Hadis Sahih Bukhari No. 1217 Jilid 3 Topik adalah Beri 1217. Dari Maimunah binti Haris r.a., ia memerdekakan seorang sahaya perempuan, tetapi ia tiada minta izin terlebih dahulu kepada Nabi s.a.w. Ketika tiba hari giliran beliau kepadanya, ia berkata: "Ketahuilah, hai Rasulullah! Saya telah memerdekakan hamba sahaya". Jawab Rasulullah: "Telah engkau lakukan?" Jawabnya: "Ya!" Sabda beliau: "Sesungguhnya kalau engkau berikan kepada pakcikmu, nescaya lebih besar upahnya (pahalanya) bagimu". |