Hadis Sahih Bukhari No. 1216 Jilid 3 Topik adalah Beri 1216. Dari Aisyah r.a., katanya: Waktu penyakit Nabi s.a.w. bertambah berat dan semakin gawat, beliau minta izin kepada isteri-isteri beliau supaya dirawat di rumah saya. Mereka semua mengizinkan. Beliau ke luar dipapah di antara dua orang laki-laki dengan kaki beliau terkulai ke tanah. Beliau dipapah antara Abbas dan seorang laki-laki lain. Ubaidullah berkata: "Saya ceritakan kepada Ibnu Abbas apa yang dikatakan Aisyah itu". Ibnu Abas berkata kepada saya: "Tahukah engkau siapa laki-laki yang tiada disebutkan namanya oleh Aisyah itu?" Jawab saya: "Tidak.". Katanya: "Laki-laki itu ialah Ali bin Abu Thalib". |