Hadis Sahih Bukhari No. 1215 Jilid 3 Topik adalah Beri 1215. Nu'man bin Basyir r.a. sedang di atas mimbar berkata: "Bapa saya memberi sebuah pemberian kepada saya. 'Amrah binti Rawahah (ibu Nukman) berkata: Saya tidak suka sebelum engkau memperlihatkannya kepada Rasulullah s.a.w.". Lalu Basyir menghadap Rasulullah s.a.w., katanya: "Saya memberikan suatu pemberian kepada anak saya dari 'Amrah binti Rawahah, tetapi ibunya menyuruh saya untuk memperlihatkannya kepada tuan, hai Rasulullah!" Sabda beliau, "Apakah engkau beri semua anak engkau serupa itu?" Jawabnya: "Tidak!" Sabda beliau: "Takutlah kepada Tuhan dan berlaku adillah di antara anak-anakmu!" Kata Nukman: "Ia kembali, lalu dibatalkannya pemberian itu". |