Hadis Sahih Muslim No. 1206 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1206. Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., katanya: "Ketika kami ihram Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membawa hadiah (haiwan korban), hendaklah dia tetap dalam keadaan ihram. Dan siapa yang tidak membawa hadiah, dia boleh tahallul (berhenti ihram). Ketika itu Zubair (suami Asma') membawa hadiah. Kerana itu dia tidak tahallul. Tetapi aku memakai pakaianku, lalu keluar dan duduk dekat Zubair. Kata Zubair, "Jauh-jauhlah kau daripadaku!" Jawab ku, "Khuatirkah engkau akan batal keranaku?" |