Hadis Sahih Bukhari No. 1204 Jilid 3 Topik adalah Merdeka 1204. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya sentiasa mengasihi Bani Tamin semenjak saya dengar tiga hal dari Rasulullah s.a.w. yang disabdakan beliau mengenai mereka. Saya dengar beliau bersabda: "Mereka itu umat ku yang paling keras (berani) terhadap Dajjal". Dan waktu sedekah dari mereka tiba, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Inilah sedekah kaum kita". Dan tentang tawanan dari mereka yang ada pada Aisyah, beliau bersabda: "Merdekakanlah tawanan itu, sesungguhnya ia dari anak Ismail." |