Hadis Sahih Muslim No. 1201 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1201. Dari Nafi' r.a., katanya 'Abdullah bin 'Abdullah serta Salim bin 'Abdullah, keduanya pernah terlibat dalam suatu pembicaraan dengan 'Abdullah bin 'Umar ketika Hajjaj hendak memerangi Ibnu Zubair. Keduanya mengatakan kepada 'Abdullah, "Tidaklah mengapa agaknya jika anda tidak pergi haji tahun ini, kerana kami khuatir akan terjadi peperangan sehingga anda terhalang mengerjakannya." Jawab 'Abdullah, "Jika aku terhalang, akan ku lakukan seperti apa yang pernah diperbuat Rasulullah Saw. Aku ikut bersama-sama dengan beliau ketika beliau dihalangi oleh kafir Quraisy mengerjakan haji. Dapat ku katakan kepada mu, bahawa ketika itu aku sempat mengerjakan umrah." Lalu dia pergi. Sesampainya di Zulhulaifah, dia membaca talbiyah untuk umrah. Jika aku dibiarkan akan ku laksanakan umrah ku, tetapi jika aku dihalangi, akan ku lakukan seperti yang dilakukan Rasulullah saw. di mana aku ikut menyaksikannya ketika itu. Kemudian dibacanya sebuah ayat: "Sesungguhnya Rasulullah itu adalah contoh teladan yang baik bagimu.. (Al Ahzab : 21). Kemudian beliau meneruskan perjalanannya sampai ke Baida'. Lalu dia berkata: Sesungguhnya ibadah haji dan umrah itu satu. Jika aku terhalang mengerjakan umrah bererti aku terhalang pula mengerjakan haji. Akan ku perlihatkan kepada mu bagaimana caranya menunaikan haji sekaligus dengan umrah. Lalu diteruskannya perjalanannya. Sampai di Qudaid dibelinya hadiah (hewan korban). Kemudian dia tawaf di Bait satu kali, saai di Safa dan Marwah sekali. Dan beliau tidak tahallul melainkan pada hari Nahar (10 ZUlhijjah). |