Hadis Sahih Bukhari No. 1201 Jilid 3 Topik adalah Merdeka 1201. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Waktu saya dalam perjalanan menghadap Nabi s.a.w., ketika di jalan, saya berkata: Hai malam! Alangkah lamanya dan penuh kesukaran! Akan tetapi dapat menyelamatkan dari kampung (orang) kafir". Dalam perjalanan, hamba (budak) saya melarikan diri. Setelah saya bertemu dengan Rasulullah s.a.w. saya berjanji setia pada beliau. Sewaktu saya berada di sisi beliau, tiba-tiba hamba itu pun datang. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Abu Hurairah! Inilah hamba engkau" Kata saya: "Ia merdeka semata-mata kerana Allah". Lalu ia saya merdekakan. |