Hadis Sahih Muslim No. 1199 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1199. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Hafshah r.a., isteri Nabi saw. pernah bertanya kepada beliau, tanya nya: "Ya, Rasulullah! Kenapa orang ramai telah tahallul dari umrah, sedangkan anda belum?" Jawab beliau, "Aku telah menggulung rambut ku dan memberi kalung pada haiwan korban. Kerana itu aku tidak boleh tahallul sampai aku menyembelih korban ku itu." |