Hadis Sahih Bukhari No. 1199 Jilid 3 Topik adalah Merdeka 1199. Dari Abu Zar r.a, katanya: Saya bertanya pada Nabi s.a.w.: "Apakah amal yang paling utama?" Beliau menjawab: "Percaya kepada Allah dan jihad (berjuang) di jalanNya (agama Allah.". Saya bertanya: "Hamba sahaya manakah yang lebih utama dimerdekakan?" Jawab beliau: "Yang lebih mahal harganya dan lebih disukai oleh yang empunya." Saya berkata: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" Sabda beliau: "Engkau tolong orang bekerja atau engkau ajar orang yang tiada berketerampilan." Tanya: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" Sabda beliau: "Jangan berbuat jahat kepada manusia! Hal yang demikian itu adalah sedekah yang engkau sedekahkan untuk diri engkau sendiri." |