Hadis Sahih Bukhari No. 1195 Jilid 3 Topik adalah Bahagi 1195. Dari Nukman bin Basyir r.a., dan Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Perumpamaan orang yang mematuhi larangan Tuhan dan yang melanggarnya, adalah seperti suatu kaum yang mengadakan undian di atas kapal. Sebahagian mereka mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi di bawah. Orang yang di bawah, jikalau hendak mengambil air minum, terpaksa melalui orang yang di atas. Mereka berfikir: Baiklah kita buat sebuah lobang air di tempat kita sehingga kita tidak mengganggu orang yang di atas kita. Jika orang yang di atas membiarkan maksud mereka, tentulah semua mereka binasa. Sebaliknya jika orang yang di atas melarang, maka mereka selamatlah semuanya." |