Hadis Sahih Muslim No. 1194 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1194. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah saw. menugaskan ku ke negeri Yaman. Kemudian, aku bertemu kembali dengan beliau pada musim haji. Beliau bertanya kepada ku, "Hai, Abu Musa! Apa niatmu ketika ihram (untuk haji atau untuk umrah?)" Jawab ku, "Aku ihram seperti ihram Nabi saw." Tanya beliau, "Adakah kamu membawa hadiah (haiwan korban"?") Jawab ku, "Tidak, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Kalau begitu pergilah tawaf di Bait, kemudian di Safa dan Marwa, sesudah itu engkau tahallul (berhenti ihram)." |