Hadis Sahih Muslim No. 1193 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1193. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Aku mendatangi Rasulullah saw. ketika beliau menambatkan kenderaannya di Bathha. Beliau bertanya kepada ku, "Kamu ihram dengan niat apa?" Jawab ku: "Aku ihram dengan apa yang diniatkan Rasulullah saw." Tanya beliau, "Adakah engkau membawa hadiah (haiwan korban"?") Jawab ku, "Tidak." Sabda beliau, "Pergilah tawaf di Baitullah, sesudah itu saai di Safa dan Marwa, dan sesudah itu engkau boleh tahallul (berhenti ihram). Lalu aku tawaf di Bait, kemudian di Safa dan Marwa, dan sesudah itu ku datangi wanita kaum ku lalu disisirkannya rambut ku dan dicucinya kepala ku: Yang demikian itu ku fatwakan kepada orang banyak selama pemerintahan Abu Bakar. Ketika musim haji dalam pemerintahan 'Umar, seorang lelaki bertanya kepada ku. "Tidak tahukah engkau peraturan baru yang di buat Amirul Mukminin mengenai ibadah haji?" Lalu ku umumkan, "Hai, manusia! Siapa yang pernah minta fatwa kepada ku mengenai haji hendaklah ditangguhkan pelaksanaannya, kerana Amirul Mukminin telah membuat suatu peraturan mengenai itu. Kerana itu patuhilah Amirul Mukminin!" Ketika Amirul Mukminin datang, aku bertanya kepada beliau. "Peraturan baru bagaimanakah yang anda buat mengenai ibadah haji?" Jawabnya, "Kita ambil dari Kitabullah. Allah berfirman: "Sempurnakanlah haji dan umrahmu kerana Allah." (Al Baqarah : 196). Dan kita ambil dari Sunnah Nabi kita 'alaihish solatu wassalam, kerana sesungguhnya beliau tidak tahallul (berhenti ihram) sebelum menyembelih haiwan korban yang dibawanya." |