Hadis Sahih Bukhari No. 1193 Jilid 3 Topik adalah Bahagi 1193. dari Rafi' r.a., katanya: Kami bersama Nabi saw. berada di Zulhulaifah. Di waktu itu orang banyak menderita kelaparan, lalu mereka habiskan (ambil) unta dan kambing. Kata Rafi': Dan Nabi saw. berada di belakang kaum, mereka cepat-cepat berjalan lalu menyembelih ternak dan mereka siapkan periuk itu. Kemudian Nabi saw. menyuruh supaya dituangkan dari periuk itu, kemudian beliau bagi-bagi dan beliau samakan sepuluh ekor kambing dengan seekor unta. Ada seekor unta diantaranya yang lari, lalu mereka kejar sehingga mereka payah, sedang pada kaum itu ada beberapa ekor kuda. Seorang laki-laki di antara mereka membidik dengan panah. Tuhan menahan unta yang dibidik itu sehingga kena. Kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya binatang ini bersifat liar sebagai sifatnya binatang liar. Mana di antaranya yang memayahkan kamu, maka lakukanlah seperti ini." Rafi' bertanya: "Kami mengharap atau kami khuatir terhadap musuh besok pagi dan pisau tidak ada, bolehkah kami menyembelih dengan bilah buluh?" Jawab beliau: "Apa saja yang mengalirkan darah dan disebut nama Tuhan padanya, makanlah! Tidak boleh dengan gigi dan kuku! Saya ceritakan yang demikian itu kepadamu: Gigi adalah tulang, dan kuku adalah pisau orang Habsyah". |