Hadis Sahih Muslim No. 1192 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1192. Dari Hisyam r.a., dari bapanya, katanya: "Orang-orang Arab zaman dahulu tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang bulat, kecuali Al Hums. Al Hums ialah orang-orang Quraisy dan turunannya. Orang-orang Arab itu tawaf dalam keadaan telanjang, kecuali apabila mereka diberi pakaian oleh orang Quraisy, yang lelaki memberi pakaian kepada lelaki dan perempuan kepada perempuan. Orang Quraisy tidak berangkat dari Muzdalifah, tetapi orang ramai semuanya pergi ke Arafah. Kata Hisyam, dari bapanya, dari 'Aisyah r.a., "Orang-orang Quraisy (Al Hums) inilah yang telah menyebabkan Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat pada mereka, "Kemudian berangkatlah kamu dari tempat berangkatnya orang ramai "(Al Baqarah : 199) Kata 'Aisyah, "Orang banyak berangkat dari Arafah, sedangkan mereka (Al Hums) berangkat dari Muzdalifah." Kata mereka, "Kami tidak akan berangkat melainkan dari Tanah Haram." Maka ketika ayat di atas turun, mereka sama-sama pergi ke Arafah." |