Hadis Sahih Bukhari No. 1190 Jilid 3 Topik adalah Bahagi 1190. Dari Salamah r.a., katanya: Orang banyak kekurangan makanan dan kehabisan perbekalan, lalu mereka menghadap Nabi s.a.w. minta izin untuk menyembelih unta mereka, dan beliau mengizinkannya. Kemudian Umar menemui mereka. lalu mereka ceritakan kepadanya. Kata Umar: "Bagaimanakah lagi kalau habis untamu?" Dan ia pun terus menghadap Nabi s.a.w.. katanya: "Bagaimanakah lagi kalau unta itu habis?" Rasulullah s.a,w. bersabda: "Panggillah orang banyak supaya mereka datang membawa kelebihan perbekalan masing-masing." Maka dibentangkan tikar kulit untuk itu, dan mereka meletakkan makanan di atas tikar. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri lalu berdoa mohon berkat. Kemudian beliau memanggil mereka supaya membawa tempat makan. Sesudah itu orang banyak mengambil bahagian sehingga mereka semua selesai. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya saya pesuruh Allah." |