Hadis Sahih Bukhari No. 1189 Jilid 3 Topik adalah Bahagi 1189. Dari Jabir bin Abdullah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentera ke jurusan pantai. Beliau mengangkat sebagai pemimpin mereka Abu 'Ubaidah bin Jarrah. Jumlah mereka adalah tiga ratus orang, di antaranya saya. Kami berangkat, sehingga ketika kami berada di suatu tempat, perbekalan habis. Abu Ubaidah memerintahkan untuk mengumpulkan perbekalan tentara, lalu dikumpulkan semuanya. maka dapatlah terkumpul dua karung kurma. Itulah yang menjadi makanan kami tiap-tiap hari sedikit-sedikit sampai habis. Kemudian kami tiada mendapat bahagian selain dari sebutir kurma. Saya berkata: "Apakah sebutir kurma itu mencukupi!" Abu Ubaidah menjawab: "Kita merasa kekurangan ketika habisnya", Kata Jabir: Kemudian kami sampai ke laut, kebetulan dapat seekor ikan yang amat besar, lalu dimakan oleh tentera selama lapan belas malam. Kemudian Abu Ubaidah menyuruh menegakkan dua tulang rusuk ikan itu, lalu kami berjalan di bawah tulang rusuk ikan tadi dan keduanya tiada tersinggung. |