Taburan Persamaan Ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
Penjanaan persamaan dalam Hadis Terjemahan Melayu.
Skrin biasa. Penskelan dilaksana.
Sahih Muslim (1188)
Hadis Sahih Muslim No. 1188 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh
1188. Dari Ja'far bin Muhammad r.a., dari bapanya, katanya: "Kami datang ke rumah Jabir bin 'Abdullah r.a., lalu dia menanyai kami satu persatu, siapa nama kami masing-masing. Sampai giliranku ku sebutkan nama ku Muhammad bin Ali bin Husein. Lalu dibukanya kancing baju ku yang atas dan yang bawah. Kemudian diletakkannya tapak tangannya antara kedua susu ku. Ketika itu aku masih muda belia. Lalu dia berkata, "Selamat datang wahai anak saudara ku! Tanyakanlah apa yang hendak engkau tanyakan. Lalu aku bertanya kepadanya. Dia telah buta. Ketika waktu solat tiba, dia berdiri di atas sehelai sejadah yang selalu dibawanya. Tiap kali sejadah itu diletakkannya ke bahunya, pinggirnya selalu lekat padanya kerana kecilnya sejadah itu. Aku bertanya kepadanya, "Terangkanlah kepada ku bagaimana caranya Rasulullah saw. melakukan ibadah haji." Lalu dia bicara dengan isyarat tangannya sambil memegang sembilan buah anak jarinya. Katanya, "Sembilan tahun lamanya beliau menetap di Madinah, namun beliau belum haji. Kemudian beliau memberitahukan bahawa tahun kesepuluh beliau akan naik haji. Kerana itu berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak ikut bersama-sama Rasulullah saw. untuk beramal seperti amalan beliau. Lalu kami berangkat bersama-sama dengan beliau. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma' binti 'Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Dia menyuruh tanyakan kepada Rasulullah saw. apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu). Sabda Rasulullah saw. "Mandi dan pakai kain pembalut mu. Kemudian pakai pakaian ihram mu kembali." Rasulullah saw. solat dua rakaat di masjid Zulhulaifah, kemudian beliau naiki untanya yang bernama Qashwa. Setelah sampai di Baida', ku lihat sekeliling ku, alangkah banyaknya orang yang mengiringkan beliau, yang berkenderaan dan yang berjalan kaki, di kanan kiri dan di belakang beliau. Ketika itu turun Al-Quran (wahyu), di mana Rasulullah saw. mengerti maksudnya, iaitu sebagai petunjuk amal yang harus kami amalkan. Lalu beliau teriakkan bacaan talbiyah: "Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika laka labbaika; innal hamda wan ni'mata laka, wal mulka la syarika laka labbaika." Maka talbiyah pula orang ramai seperti talbiyah Nabi saw. itu. Rasulullah saw. tidak melarang mereka membacanya, bahkan sentiasa membacanya terus menerus. Niat kami hanya untuk mengerjakan haji, dan kami belum mengenal 'umrah. Setelah sampai di Bait Allah, beliau cium salah satu sudutnya (hajar aswad), kemudian beliau tawaf, lari-lari kecil tiga kali dan berjalan biasa empat kali. Kemudian beliau terus menuju ke maqam Ibrahim 'alaihis salam. Lalu beliau baca ayat: "Jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.." (Al Baqarah:125). Lalu ditempatkannya maqam itu di antaranya dengan Bait. Sementara itu ayah ku berkata bahawa Nabi saw. membaca dalam solatnya "Qul huwallahu ahad..." (Al Ikhlas: 1-4) dan "Qul ya ayyuhal kafirun " (Al Kafirun: 1-6). Kemudian beliau kembali ke sudut Bait (hajar aswad) lalu di ciumnya pula. Kemudian melalui pintu beliau pergi ke Safa. Setelah dekat ke bukit Safa beliau membaca ayat: "Sesungguhnya saai antara Safa dan Marwah termasuk lambang-lambang kebesaran agama Allah." (Al Baqarah: 158). Kemudian mulailah dia melaksanakan perintah Allah. Maka dinaikinya bukit Safa. Setelah kelihatan Baitullah, lalu dia menghadap ke kiblat seraya mentauhidkan Allah dan mengagungkan-Nya. Ujarnya : "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa'dahu wa nashara 'abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu." Kemudian beliau mendoa. Ucapan tahlil itu diulangnya sampai tiga kali. Kemudian beliau turun ke Marwah. Ketika sampai di lembah, beliau berlari-lari kecil. Dan sesudah itu beliau menuju bukit Marwah, sambil berjalan kembali. Setelah sampai di puncak bukit Marwah, beliau perbuat apa yang diperbuatnya di bukit Safa. Tatkala beliau mengakhiri saainya di bukit Marwah, beliau berujar: "Kalau aku belum lakukan apa yang telah ku perbuat, nescaya aku tidak membawa hadiah,dan menjadikannya umrah." Lalu bertanya Suraqah bin Malik bin Ju'syum, katanya: "Ya, Rasulullah! Apakah untuk tahun ini saja ataukah untuk selama-lamanya?" Rasulullah saw. memperpancakan jari-jari tangannya yang satu ke jari-jari tangannya yang lain seraya berkata: Memasukkan 'umrah ke dalam haji? (2x) Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya." Sementara itu 'Ali datang dari Yaman membawa haiwan korban Nabi saw. didapatinya Fatimah termasuk orang yang tahallul; dia mengenakan pakaian bercelup dan bercelak mata. Ali melarangnya berbuat demikian. Jawab Fatimah, "Ayahku sendiri yang menyuruh ku berbuat begini." Kata 'Ali, "Aku pergi menemui Rasulullah saw. minta fatwa beliau terhadap perbuatan Fatimah itu. Ku jelaskan kepada beliau bahawa aku mencegahnya berbuat demikian." Sabda beliau, "Fatimah benar! Fatimah benar!" Kemudian tanya beliau, "Apa yang engkau baca ketika hendak melakukan haji?" Jawab 'Ali, aku membaca "Wahai Allah! Aku niat menunaikan ibadah haji seperti yang dicontohkan Rasul Engkau." Tanya 'Ali, "Tetapi aku membawa haiwan korban, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Engkau jangan tahallul." Kata Ja'far, "Jumlah hadiah yang dibawa Ali dari yaman dan yang dibawa Nabi saw., ada seratus ekor. Para jemaah telah tahallul dan bercukur semuanya, melainkan Nabi saw. dan orang-orang yang membawa hadiah beserta beliau. Ketika hari Tarwiyah (8 Zulhijah) tiba, mereka berangkat menuju Mina untuk melakukan ibadah haji. Rasulullah saw. menunggang kenderaannya. Di sana beliau solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, dan Subuh. Kemudian beliau menanti sebentar hingga terbit matahari; sementara itu beliau menyuruh orang lebih dahulu ke Namirah untuk mendirikan khemah di sana. Sedangkan orang Quraisy mengira bahawa beliau tentu akan berhenti di Masy'aril Haram (sebuah bukit di Muzdalifah). sebagaimana biasanya orang-orang jahiliyah. Tapi ternyata beliau terus saja menuju 'Arafah. Sampai ke Namirah didapatinya khemah-khemah telah didirikan orang. Lalu beliau berhenti untuk istirehat di situ. Ketika matahari telah condong, beliau menaiki untanya meneruskan perjalanan. Sampai di tengah-tengah lembah beliau berpidato. Sabdanya: "Sesungguhnya menumpahkan darah dan merampas harta sesama mu haram, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, Pada bulan ini, dan di negeri ini. Ketahuilah! Semua yang berbau jahiliyah telah dihapuskan di bawah undang-undang ku, termasuk tebusan darah masa jahiliyah. Tebusan darah yang pertama-tama ku hapuskan ialah tebusan darah Ibnu Rabi'ah bin Harits yang disusukan oleh Bani Sa'ad, lalu ia dibunuh oleh Huzail. Begitu pula telah ku hapuskan riba jahiliyah; yang mula-mula ku hapuskan ialah riba yang ditetapkan 'Abbas bin Abdul Muththalib. Sesungguhnya riba itu ku hapuskan semuanya. Kemudian jagalah diri mu terhadap wanita. Kamu boleh mengambil mereka sebagai amanah Allah dan mereka halal bagi mu dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah. Setelah itu kamu punya hak atas mereka, iaitu supaya mereka tidak membolehkan orang lain menduduki tikar mu. Jika mereka melanggar, pukullah mereka dengan cara yang tidak membahayakan. Sebaliknya mereka punya hak terhadap mu. Iaitu nafkah dan pakaian yang patut. Ku wariskan kepada mu sekalian suatu undang-undang yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat sepeninggal ku, iaitu Kitabullah! Kamu semua akan ditanya mengenai diri ku. Apakah akan jawab mu?" Jawab mereka, "Kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah ini kepada kami, telah menunaikan tugas mu dan telah memberi nasihat kepada kami." Lalu beliau bersabda sambil mengangkat telunjuknya ke langit, dan menunjuk kepada orang ramai. "Wahai Allah! Saksikanlah!" (3x). Sesudah itu beliau azan, kemudian qamat lalu solat Zohor, kemudian qamat lagi, lalu solat Asar tanpa solat sunat antara keduanya. Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan menuju ke tempat wukuf. Sampai di sana, dihentikannya unta Qashwa di tempat berbatu-batu dan orang-orang yang berjalan kaki berada di hadapannya. Beliau menghadap ke kiblat dan sentiasa wukuf sampai matahari terbenam dan mega merah hilang. Kemudian beliau teruskan pula perjalanan dengan membonceng Usamah di belakangnya, sedang beliau sendiri memegang kendali. Beliau tarik tali kekang unta Qashwa, sehingga kepalanya hampir menyentuh bantal palana. Beliau bersabda dengan isyarat tangannya, "Hai, orang ramai! Tenang! Tenang!" Tiap-tiap beliau sampai ke pinggang bukit dikendurkannya tali unta sedikit untuk memudahkannya mendaki. Sampai di Muzdalifah beliau solat Maghrib dan Isyak dengan satu kali azan dan dua qamat, tanpa solat sunat antara keduanya. Kemudian beliau tidur hingga terbit fajar. Setelah tiba waktu Subuh, beliau solat Subuh dengan satu azan dan satu qamat. Kemudian beliau tunggangi pula Qashwa meneruskan perjalanan sampai ke Masy'aril Haram. Sampai di sana beliau menghadap ke kiblat, mendoa, takbir, tahlil dan membaca kalimah tauhid. Beliau wukuf di sana hingga langit kekuning-kuningan dan berangkat sebelum matahari terbit sambil membonceng Fadhal Ibnu 'Abbas. Fadhal seorang lelaki berambut indah dan berwajah putih. Ketika beliau berangkat, berangkat pulalah orang-orang besertanya. Fadhal menengok kepada mereka, lalu mukanya ditutup Rasulullah dengan tangannya. Tetapi Fadhal menoleh ke arah lain untuk melihat. Rasulullah saw. menutup pula mukanya dengan tangan yang lain, sehingga Fadhal mengarahkan pandangannya ke tempat lain. Sampai di tengah lembah Muhassir, dipercepatnya untanya melalui jalan tengah yang langsung menembus ke Jumratul Kubra. Sampai di Jumrah yang dekat dengan sebatang pohon, beliau melempar dengan tujuh buah batu kerikil sambil membaca takbir pada setiap lemparan. Kemudian beliau terus ke tempat penyembelihan korban. Di sana beliau menyembelih enam puluh tiga haiwan korban dengan tangannya dan sisanya diserahkannya kepada 'Ali untuk menyembelihnya, iaitu sebagai haiwan korban bersama-sama dengan anggota jemaah yang lain. Kemudian beliau suruh ambil dari setiap haiwan korban itu sepotong kecil, lalu disuruhnya masak dan kemudian beliau makan dagingnya serta beliau minum kuahnya. Sesudah itu beliau naiki kenderaan beliau menuju ke Baitullah untuk tawaf. Beliau solat Zohor di Mekah. Sesudah itu beliau datangi Bani 'Abdul Muththalib yang sedang menimba sumur Zamzam. Beliau bersabda kepada mereka, "Hai Bani Abdul Muththalib! Berilah kami minum! Kalaulah orang ramai tidak akan salah tanggap, tentu akan ku tolong kamu menimba bersama-sama. Lalu mereka timbakan seember, dan beliau minum daripadanya."

Surah-surah Makkiyah dan Madaniyyah
Hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim
    
    2944444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444429
    2898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678928
    2744444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444427
    2698765432109876543210987654321098765HajiUmrh(1190)0123456HajiUmrh(1210)1234567890123456789012345678926
    254444444444333333333322222Haji(0834)111110000000000000000000111Solat(0570)2222223333333333444444444425
    249876543210987654321098HajiUmrh(1231)3210987654321012345678901HajiUmrh(1201)67890123456789012345678924
    2344444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444423
    2298765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678922
    21444444444433333Solat(0565)222211111111110000000000000000000111111111122222Solat(0571)3333444444444421
    209876543210987654321098765432109876543210987654321012345678901234567890123HajiUmrh(1194)89012345678920
    194444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222222HajiUmrh(1193)44444444419
    1898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890Solat(0327)2345678918
    17444444Hudaibyh(1255)22222222221111111111000000000000000000011111111112222222222333Solat(0786)44444417
    1698765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678916
    1544444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444415
    14HajiUmrh(1284)54321098765432109876543210987654321012345678901234567890123456789012345Solat(0641)78914
    1344444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444413
    12Solat(0574)87654321098765432109876543210987654321012345678901234567890123456789012345HajiUmrh(1187)12
    11Puasa(1109)33333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222222222333333333Solat(0329)11
    1098765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678910
    *9444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*9
    *8987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*8
    *7444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*7
    *6987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*6
    *5444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*5
    *4987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*4
    *3444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*3
    *2987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*2
    *1444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*1
    *0987654321098765432109876543210987654321098HajiUmrh(1188)7890123456789012345678901234567890123456789*0
    *1444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*1
    *2987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*2
    *3444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*3
    *4987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*4
    *5444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*5
    *6987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*6
    *7444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*7
    *8987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*8
    *9444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*9
    10Haji(0865)98765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234HajiUmrh(1198)910
    114444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222222222333333333Haji(0878)411
    12HajiUmrh(1150)543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678912
    134444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222222222333333HajiUmrh(1230)13
    1498765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678914
    1544444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333Wuduk(0099)4444415
    16987654Solat(0573)2109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901Solat(0568)345678916
    174444444Solat(0317)33222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444417
    1898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678918
    1944444444HajiUmrh(1189)2222222211111111110000000000000000000111111111122222222Solat(0702)3444444444419
    2098765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234Solat(0569)6789012345678920
    2144444444443333Nabi(1475)222222111111111100000000000000000001111111111222HajiUmrh(1205)333444444444421
    2298765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678Solat(0553)0123456789012345678922
    23444444444433333333Haji(0806)221111111111000000000000000000011HajiUmrh(1151)22223333333333444444444423
    2498765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678924
    254444444444333333333322222HajiUmrh(1209)10000000000000000000111111111122222222223333333333444444444425
    2698765432109876543210987654321HajiUmrh(1232)6543210123456789012345678901234567890123456789012345678926
    27444444444433333333332222222222111111111100000000HajiUmrh(1186)111111122222222223333333333444444444427
    2898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678928