Hadis Sahih Muslim No. 1187 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1187. Dari Jabir bin 'Abdullah Al Anshari r.a., katanya dia pergi haji bersama-sama dengan Rasulullah saw. pada tahun di mana beliau membawa hadiah (haiwan korban). Mereka ihram dengan niat mengerjakan haji Ifrad. Bersabda Rasulullah saw., "Tahallul (berhentilah) kamu ihram, sesudah itu tawaflah di Bait, saai di Safa dan Marwa, dan kemudian cukur rambutmu. Sementara ini kamu boleh tahallul hingga tiba hari Tarwiyah (8 Zulhijah). Bila hari Tarwiyah tiba, ihramlah kembali untuk mengerjakan haji. Sedangkan apa yang telah kamu kerjakan sebelumnya menjadi mutaah (umrah atau haji tamattuk). Tanya mereka, "Bagaimana caranya kami menjadikannya umrah sedangkan kami telah meniatkannya haji?" Jawab beliau, "Lakukanlah apa yang ku perintahkan. Seandainya aku tidak membawa haiwan korban, akan ku lakukan apa yang telah ku perintahkan kepada mu itu. Tetapi yang demikian tidak halal bagi ku sebelum haiwan korban yang kubawa sampai ke tempatnya." Lalu mereka lakukan apa yang diperintahkan Nabi saw. itu. |