Hadis Sahih Muslim No. 1184 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1184. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi bersama-sama Nabi saw., tiada lain niat kami selain haji. Setelah kami sampai dekat Sarif, tiba-tiba aku haid. Ketika Nabi saw. masuk ke dalam khemahku, didapatinya aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya, "Apakah kamu haid?" Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah." Sabda beliau, "Haid adalah hal yang lumrah bagi puteri-puteri Adam. Kerana itu kerjakanlah apa yang seharusnya dikerjakan oleh orang haji, kecuali tawaf di Baitullah sehingga engkau mandi (suci) lebih dahulu." Kata 'Aisyah, "Kemudian beliau menyembelih sapi untuk korban para isterinya." |