Hadis Sahih Muslim No. 1181 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1181. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami pergi haji bersama-sama Rasulullah saw. pada tahun haji wada', lalu kami ihram untuk umrah. Kemudian beliau bersabda, "Siapa yang membawa hadiah (haiwan korban) boleh ihram untuk haji dan umrah, dan tak boleh tahallul sebelum kedua-duanya selesai." Kata Aisyah, "Setibanya aku di Mekah, kebetulan aku haid, sehingga aku tidak tawaf di Baitullah dan tidak saai antara Safa dan Marwa. Hal itu ku laporkan kepada Rasulullah saw." Sabda beliau, "Lepas sanggulmu dan bersisirlah. Kemudian, teruskan ihrammu untuk haji dan tinggalkan umrah." Apa yang diperintahkan beliau ku laksanakan semuanya. Setelah kami selesai mengerjakan haji, Rasulullah saw. menyuruh ku bersama-sama Abdur rahman bin Abu Bakar pergi ke Tan'im untuk melakukan umrah. Sabda beliau, "Itulah ganti umrahmu yang gagal." Orang-orang yang tadinya ihram untuk umrah, setibanya di Mekah mereka terus tawaf di Bait dan saai di Safa dan Marwa. Kemudian sekembalinya mereka dari Mina, mereka tawaf kembali selaku tawaf akhir. Adapun orang-orang yang menggabungkan niat haji dan umrah, mereka tawaf satu kali saja." |