Hadis Sahih Muslim No. 1179 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1179. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Rasulullah saw. datang ke rumah Dhuba'ah binti Zubair bin Abdul Muththalib, lalu kata Dhuba'ah, "Ya, Rasulullah! Aku bermaksud hendak menunaikan ibadah haji, tetapi aku sakit. Bagaimana itu?" Maka bersabda Nabi saw., "Hajilah dan syaratkan dalam niatmu akan tahallul (berhenti) jika tak sanggup meneruskannya kerana tambah sakit." |