Hadis Sahih Bukhari No. 1179 Jilid 3 Topik adalah Aniaya 1179. Dari Anas r.a.: Pernah saya memberi minum kepada banyak orang di tempat Abu Thalhah, dan minuman kerasnya pada hari itu dibuat dari anggur. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh mengumumkan dan memberitahukan bahawa minuman keras itu diharamkan. Abu Thalhah berkata kepada saya: "Keluarlah engkau dan buangkanlah minuman keras itu!" Saya lalu keluar dan membuangkan minuman keras itu, sehingga mengalir di jalan-jalan-jalan Madinah. Ada orang yang berkata: "Celakalah orang-orang yang masih ada minuman keras dalam perut mereka." Di waktu itulah Tuhan menurunkan ayat yang bererti: "Orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidaklah berdosa kerana apa yang telah mereka makan (sebelum larangan). (Al-Maidah, 96). |