Hadis Sahih Bukhari No. 1177 Jilid 3 Topik adalah Aniaya 1177. Dari Uqbah bin Amir r.a., katanya: Kami berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Anda menyuruh kami untuk tinggal pada suatu kaum, tetapi mereka tidak mahu menjamu kami. Bagaimanakah pendapat anda dalam hal ini?" Beliau berkata kepada kami: "Jika kamu tinggal pada suatu kaum, dan kamu mendapat perlakuan yang patut sebagai seorang tetamu, maka terimalah. Tetapi kalau mereka tidak memperlakukan kamu secara demikian, maka ambillah hak tetamu dari mereka!" |