Hadis Sahih Bukhari No. 1176 Jilid 3 Topik adalah Aniaya 1176. Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi s.a.w., ia bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. mendengar suatu pertengkaran yang terjadi dekat pintu bilik beliau. Beliau keluar menemui orang-orang yang bertengkar itu dan berkata: "Saya ini manusia biasa. Orang-orang datang kepada saya berperkara. Sebahagian dari kamu lebih pintar daripada lawannya. Saya mengira bahawa ia benar, lalu saya jatuhkan keputusan menurut hal yang dikemukakannya. Siapa yang saya beri keputusan dengan melanggar hak orang lain, maka sesungguhnya keputusan itu adalah sebahagian dari api neraka. Terserah kepada orang itu apakah ia akan mengambilnya atau tidak mengambilnya." |