Hadis Sahih Muslim No. 1175 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1175. Dari Abdullah bin 'Abbas dan Miswar bin Makhramah r.a., keduanya berselisih pendapat di Abwa' tentang membasuh kepala ketika ihram. Kata 'Abdullah bin 'Abbas, boleh membasuh kepala ketika ihram. Kata Miswar tidak boleh. Kerana itu Ibnu 'Abbas menyuruh ku kepada Abu Ayyub Al Anshari menanyakan hukum masalah itu. Ku dapati Abu Ayyub sedang mandi bertutupkan sehelai kain yang direntangkannya antara dua tiang. Aku memberi salam kepadanya, lalu dia menyahut, "Siapa itu? Jawab ku, "Aku, 'Abdullah bin Hunain, disuruh Abdullah bin 'Abbas menanyakan kepada anda perihal membasuh kepala ketika ihram, bagaimanakah Rasulullah saw. melakukannya?" Abu Ayyub lalu merendahkan kain tabir, sehingga kelihatan kepalanya. Kemudian disuruhnya orang menyiram kepalanya, lalu dia menggosok kepalanya dengan kedua tangannya ke muka dan ke belakang. Kemudian katanya, "Begitulah ku lihat diperbuat Rasulullah saw." |