Hadis Sahih Muslim No. 1171 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1171. Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a., katanya dia pergi haji bersama-sama dengan Nabi saw., sedangkan kepala dan janggutnya penuh kutu. Hal itu disampaikan orang kepada Nabi saw., lalu beliau memerintahkan supaya Ka'ab datang kepadanya. Kemudian beliau panggil tukang cukur, maka di suruhnya cukur kepala Ka'ab. Kemudian Rasulullah saw. bertanya, "Sanggupkah engkau berkorban?" Jawab Ka'ab, "Tidak!" Lalu diperintahkannya puasa tiga hari, atau memberi makan enam orang miskin, satu sha' setiap dua orang. Allah menurunkan ayat khusus berkenaan dengan itu: "Jika ada di antara kamu yang sakit, atau dia mendapat gangguan di kepalanya, (Al Baqarah : 196). Kemudian ayat itu ditujukan kepada segenap kaum Muslimin. |