Hadis Sahih Muslim No. 1169 Jilid 2 Topik adalah HajiUmrh 1169. Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a., katanya: "Pada suatu waktu ketika dia sedang ihram, Rasulullah saw. berdiri di dekatnya, sedangkan kutu berjatuhan dari kepalanya." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah kutumu itu tidak mengganggumu?" Jawab ku, "Benar! Ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Cukurlah rambutmu!" Kata Ka'ab, "Ketika itu turunlah ayat: Jika ada di antara kamu yang sakit, atau mendapat gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah ia membayar denda, iaitu berpuasa atau bersedekah atau berkorban " (Al: Baqarah: 136). Maka bersabda Rasulullah saw. kepada ku, "Puasalah kamu tiga hari, atau bersedekah satu faraq (tiga sha' atau lebih kurang 10 liter), bagi-bagikan kepada enam orang miskin, atau menyembelih haiwan. Kerjakanlah mana yang mudah bagimu." |