Hadis Sahih Bukhari No. 1167 Jilid 3 Topik adalah Aniaya 1167. Dari Abi Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kalau orang yang beriman itu telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada jambatan antara syurga dan neraka, lalu orang saling membalas penganiayaan antara sesama mereka waktu di dunia. Setelah mereka dibersihkan dan disucikan, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Allah Yang diri Muhammad di tanganNya, orang lebih tahu tempatnya di syurga daripada tempatnya di dunia." |