Hadis Sahih Bukhari No. 1164 Jilid 3 Topik adalah Tengkar 1164. Dari Umar bin Khattab r.a.. katanya, Saya mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surah Furqan dengan cara yang berlainan dari apa yang saya baca, sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah membacakan surah itu kepada saya. Hampir saya marah kepadanya. Saya tunggu sampai ia selesai solat. Lalu saya tarik kain tutup kepalanya dan saya bawa menghadap Rasulullah s.a.w. Saya berkata: "Saya mendengar orang ini membaca berlainan dari apa yang anda bacakan kepada saya." Beliau berkata: "Lepaskan dia!" Kemudian Nabi berkata kepadanya: "Bacalah!" Lalu ia membacanya. Rasul berkata: "Memang demikian surat itu diturunkan!" Kemudian ia berkata kepada saya: "Bacalah!" Lalu saya pun juga membacanya. Beliau berkata: "Memang, begitulah surah itu diturunkan. Sesungguhnya Quran diturunkan dari tujuh Qiraat. Maka bacalah dengan mudah daripadanya.” |