Hadis Sahih Bukhari No. 1163 Jilid 3 Topik adalah Tengkar 1163. Dari Ka'b r.a., ia menagih piutangnya kepada Ibnu Abi Hadrat dalam masjid sampai kedua orang itu mengeraskan suaranya sehingga kedengaran oleh Rasulullah s.a.w. Beliau waktu itu dalam rumah, lalu beliau ke luar melihat kedua orang itu. Ketika beliau membuka tirai kamar, beliau berkata: "Hai Kaab! Kaab menjawab: "Saya, ya Rasulullah!" Rasul berkata:. "Kurangkanlah piutangmu itu!" sambil memberi isyarat untuk mengurangi sebahagian dari hutangnya. Ia menjawab: "Telah saya lakukan, ya Rasulullah!" Beliau berkata kepada orang yang berhutang: "Bayarlah kepadanya." |