Hadis Sahih Bukhari No. 1158 Jilid 3 Topik adalah Hutang 1158. Dari Aisyah r.a., ia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. biasa berdoa dalam solat, dan dibacanya: "Hai Tuhan! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari berbuat salah dan berhutang." Ada orang yang bertanya kepada beliau: Kenapakah engkau amat banyak minta perlindungan daripada berhutang? Beliau menjawab: "Orang yang berhutang bila berkata berdusta, bila berjanji tidak menepatinya. " |