Hadis Sahih Bukhari No. 1157 Jilid 3 Topik adalah Hutang 1157. Dari Jabir bin Abdullah r.a., ia bercerita bahawa bapanya meninggal dunia dengan berhutang sebanyak tiga puluh wasq kepada seorang laki-laki Yahudi. Jabir minta agar hutang itu ditangguhkan, tetapi orang Yahudi itu tidak mahu. Jabir menceritakan hal ini kepada Rasulullah saw. Untuk minta pertolongan beliau terhadap orang Yahudi itu. Beliau pergi kepada orang Yahudi itu, lalu minta orang Yahudi itu mengambil buah kurma Jabir sebanyak piutangnya. Orang Yahudi itu tetap tidak mahu. Rasulullah saw. Masuk ke dalam kebun itu dan terus berjalan di dalamnya. Kemudian beliau berkata kepada Jabir: "Petiklah buah kurma itu untuk orang Yahudi itu dan cukupkan haknya." Lalu Jabir memetiknya setelah Rasul pergi. Dipetiknya tiga puluh wasq, dan masih masih tinggal untuknya tujuh belas wasq lagi. Kemudian Jabir pergi menghadap Rasulullah saw. Untuk menceritakan apa yang telah terjadi. Dijumpainya beliau sedang solat Asar. Setelah beliau selesai solat, langsung diceritakannya buah kurma yang berlebih-lebih itu. Beliau bersabda: "Ceritakanlah hal itu kepada Umar bin Khattab." Jabir pun pergilah kepada Umar menceritakan hal itu. Umar berkata kepadanya: Saya tahu bahawa sewaktu Rasulullah saw. Berjalan dalam kebun itu, sebenarnya beliau memintakan berkat untuk kebun itu. |