Hadis Sahih Bukhari No. 1156 Jilid 3 Topik adalah Hutang 1156. Dari Jabir bin Abdullah r.a.. ia bercerita bahawa bapaknya meninggal pada hari peperangan Uhud dalam keadaan berhutang. Semua orang yang berpiutang mendesak menuntut hak mereka. Lalu saya menghadap Rasulullah s.a.w. Beliau meminta kepada orang-orang itu agar mereka mahu menerima buah kebun kurma saya untuk pembayar hutang bapa saya, akan tetapi mereka tidak mahu. Rasulullah s.a.w. tidak mahu memberikan kebun saya itu kepada mereka. Beliau berkata: "Besok pagi kami akan datang kepada mu." Besok paginya beliau datang kepada kami. Beliau lalu mengelilingi pohon-pohon kurma itu dan beliau mendoakan buahnya. Kemudian saya memetik buahnya membayar mereka, sedang sisanya masih ada tinggal untuk kami. |