Hadis Sahih Bukhari No. 1144 Jilid 3 Topik adalah Air 1144. Dari Abdullah bin Zubair r.a., ia bercerita bahawa ada seorang laki-laki Ansar bertengkar dengan Zubair dekat Rasulullah saw. mengenai pengairan pohon kurma. Orang Ansar berkata: Biarkan air itu mengalir! Zubair tidak mahu. Keduanya minta diadili oleh Rasulullah saw. Lalu Rasulullah saw. berkata kepada Zubair; "Airi dahulu kebun engkau hai Zubair, kemudian alirkan air itu kepada tetanggamu." Orang Ansar itu pun marah, seraya berkata: Tentu kerana ia anak pakcikmu. Air muka Rasulullah saw. berubah, lalu beliau bersabda: "Pergunakanlah air itu untuk engkau hai Zubair sampai menggenangi pematang." Zubair berkata: Demi Allah, mengenai peristiwa inilah turunnya ayat yang berbunyi: "Tidak, demi Tuhan mu, mereka belum benar-benar beriman, sampai mereka berhakim kepada mu mengenai perselisihan-perselisihan yang terdapat di antara mereka" (Quran surat An-Nisa', 65) |