Hadis Sahih Muslim No. 1142 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1142. Dari 'Aisyah r.a., katanya : "Apabila Rasulullah saw. hendak i'tikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, beliau solat Subuh lebih dahulu, sesudah itu barulah beliau masuk ke tempatnya i'tikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya. Beliau bermaksud hendak i'tikaf selama sepuluh hari yang akhir bulan Ramadhan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu pula para isteri beliau yang lain, maka dibuatkan orang semuanya. Ketika Rasulullah saw. solat Subuh, dilihatnya banyak bilik-bilik kecil berbaris lalu beliau bersabda: "Kebajikan macam manakah yang kalian inginkan?" Lalu beliau perintahkan supaya bilik-bilik itu dibongkar semuanya. Sedangkan beliau mengurungkan i'tikafnya pada Ramadhan itu dan menggantinya dengan i'tikaf pada sepuluh awal bulan Syawal." |