Hadis Sahih Bukhari No. 1141 Jilid 3 Topik adalah Air 1141. Dari Anas bin Malik r.a., diperah untuk Rasulullah s.a.w. seekor kambing jinak di tempat ku, lalu susu itu dicampur dengan air sumur yang terdapat di sana. Orang memberikan sebuah gelas kepada Rasul dan beliau minum dari situ. Ketika beliau selesai minum, di sebelah kiri beliau ada Abu Bakar, sedangkan di sebelah kanan beliau seorang Badwi. Kerana khuatir kalau-kalau Rasul memberikan gelas itu kepada orang Badwi itu, Umar berkata; Berikanlah gelas anda itu kepada Abu Bakar, hai Rasulullah. Tetapi Rasul memberikan gelas itu kepada orang Badwi, yang duduk di sebelah kanannya sambil, bersabda: "Kepada yang sebelah kanan, terus kepada yang sebelah kanan berikutnya." |