Hadis Sahih Bukhari No. 1140 Jilid 3 Topik adalah Air 1140. Dari Sahl bin Sa'ad, katanya: Sebuah gelas dihidangkan kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau minum dari situ. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak kecil dan di sebelah kiri beliau ada seorang orang tua. Beliau bersabda: "Hai anak kecil, relakah engkau kalau sisa saya ini saya berikan kepada orang tua ini?" Anak itu menjawab: Ya Rasulullah! Sayalah yang paling berhak mendapat sisa anda. Lalu Rasulullah saw. memberikan kepadanya. |