Hadis Sahih Bukhari No. 1135 Jilid 3 Topik adalah Tani 1135. Dari Abdullah bin Umar r.a., ia bercerita bahawa Nabi s.a.w. mempekerjakan penduduk Khaibar dengan seperdua hasil daerah itu, yang berupa buah-buahan dan tanam-tanaman. Beliau memberi para isteri beliau seratus wasq, iaitu lapan puluh wasq kurma dan dua puluh wasq gandum. Kemudian Umar membahagi-bahagikan timah Khaibar. Para isteri Nabi disuruh memilih tanah atau hasil. Di antara mereka ada yang memilih tanah dan ada pula yang memilih wasq. Aisyah r.a. memilih tanah. |