Hadis Sahih Bukhari No. 1134 Jilid 3 Topik adalah Tani 1134. Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya: Kami adalah orang Madinah yang terbanyak mempunyai tanam-tanaman. Kami sewakan tanah dengan sebahagian hasil tertentu untuk yang punya tanah. Kadang-kadang hasil yang ditentukan untuk sewa itu rosak ditimpa bahaya, sedangkan tanah lainnya selamat. Kadang-kadang sebahagian besar rosak, sedangkan hasil yang ditentukan untuk sewa selamat. Kerana itu kami dilarang melakukan perbuatan seperti itu. Menyewakan tanah dengan emas dan perak tidak dikenal di masa itu (yaitu masa Rasulullah saw.) |