Hadis Sahih Muslim No. 1130 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1130. Dari Mu'adzah Al 'Adawiyah r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah isteri Rasulullah saw., katanya :"Betulkah Rasulullah saw. puasa tiga hari setiap bulan?" Jawab 'Aisyah, "Ya, betul" Aku bertanya pula kepadanya, "Hari apa sajakah beliau puasa tiap-tiap bulan itu?" Jawab 'Aisyah r.a., "Beliau tidak menentukan hari apa beliau puasa setiap bulan itu." |