Hadis Sahih Muslim No. 1124 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1124. Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a., katanya dia pernah bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang puasa Nabi saw. Jawab' Aisyah, "Beliau puasa beberapa hari sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa terus. Dan beliau berbuka beberapa hari sehingga kami mengira bahawa beliau akan berbuka terus. Sejak beliau tiba di Madinah, aku tidak pernah melihat beliau puasa sebulan penuh, kecuali bulan Ramadhan." |