Hadis Sahih Muslim No. 1122 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1122. Dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a., katanya: "Pada suatu hari Nabi saw. masuk ke rumahku, lalu dia bertanya: Adakah engkau sedia makanan?" Jawab ku, "Tidak!" Sabda beliau, "Kebetulan aku puasa." Kemudian pada hari yang lain beliau datang pula, lalu ku katakan kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Kita diberi orang kuih hais." Sabda beliau, "Bawalah kemari. Sesungguhnya dari pagi aku puasa." Lalu dimakannya kuih itu." |