Hadis Sahih Bukhari No. 1120 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1120. Dari Marwan bin Hakam bin Miswar bin Makhrimah r.a., keduanya bercerita: "Rasulullah saw. berdiri ketika perutusan Hawazin datang untuk mengaku masuk Islam. Mereka meminta kepada beliau supaya mengembalikan harta dan tawanan mereka. Rasulullah saw. bersabda kepada mereka. "Cerita yang paling ku senangi ialah cerita yang paling benar. Maka pilihlah satu di antara dua, iaitu tawanan atau harta. Aku bersedia menunggu keputusan kalian." Rasulullah telah menunggu lebih dari sepuluh malam, sehingga beliau telah kembali dari Thaif. Setelah nyata oleh mereka bahawa Rasulullah tidak akan mengembalikan kepada mereka, kecuali hanya satu di antara dua macam, mereka berkata, "Kami memilih tawanan."Rasulullah saw. berdiri di hadapan kaum muslimin, lalu beliau berpidato. Lebih dahulu beliau memuji Allah menurut mestinya, kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya saudara-saudaramu ini datang kepada kita dengan penyesalan. Aku bermaksud hendak mengembalikan tawanan kepada mereka. Barangsiapa di antara kamu lebih senang mengatakan baik yang demikian itu, lakukanlah. Dan siapa di antara kamu lebih senang menerima bahagiannya, hingga kita berikan kepadanya dari mula-mula Allah menyerahkan rampasan kepada kita, lakukanlah!" Orang banyak berkata, "Sesungguhnya kami merasa baik untuk dikembalikan Rasulullah saw. kepada mereka. Rasulullah saw. bersabda, "Kami belum mengetahui siapakah di antara mu yang telah membolehkan dan siapa yang belum. Pulanglah, hingga orang-orang terkemuka mu menerangkan keadaan mu kepada kami. " Orang banyak pun pulanglah, dan pemuka-pemuka mereka berunding dengan mereka. Kemudian mereka kembali kepada Rasulullah saw., mengkhabarkan bahawa sebenarnya mereka merasa baik dan membolehkannya. " |