Hadis Sahih Muslim No. 1118 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1118. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah Azza wa Jalla berfirman: "Selain puasa kerana puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya keranaKu, Dan bagi orang yang puasa ada dua macam kegembiraan: pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi." |