Hadis Sahih Bukhari No. 1116 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1116. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Sesungguhnya pernah dibawa orang kepada Rasulullah saw. jenazah orang yang mempunyai hutang. Lalu sabda beliau,"Adakah dia meninggalkan harta untuk pembayar hutangnya?" Kalau dikatakan kepada beliau bahawa mayat itu ada meninggalkan harta yang mencukupi untuk pembayar hutangnya, maka mayat itu beliau solatkan. Tetapi, kalau tidak, beliau bersabda kepada seorang muslim, "Solatkanlah temanmu itu!" Setelah Allah memberikan kemenangan demi kemenangan bagi kaum Muslimin, beliau bersabda, "Aku lebih mengutamakan orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri. Barangsiapa orang yang meninggal dunia, sedangkan ia meninggalkan hutang maka tanggunganku membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan warisan, maka warisan itu untuk ahli warisnya." |