Hadis Sahih Bukhari No. 1112 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1112. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk dekat Nabi saw. Tiba-tiba datang orang membawa jenazah. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya beliau, "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi, "Adakah dia meninggalkan warisan?" Jawab mereka,"Tidak!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian datang pula orang membawa jenazah yang lain. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah dia mempunyai hutang?" Dijawab oleh mereka, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah dia meninggalkan sesuatu warisan"?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian dibawa orang pula kepada beliau jenazah yang ketiga. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah ia meninggalkan sesuatu (warisan)?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi saw., "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Sabda Nabi saw., "Solatkanlah teman mu itu!" Kata Abu Qatadah, "Solatkanlah, ya, Rasulullah! Biarlah saya yang menanggung hutangnya. Maka Rasulullah solat untuk jenazah itu." |