Hadis Sahih Bukhari No. 1102 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1102. Dari Umar bin Syarid r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku berdiri dekat Saad bin Abi Waqqas, maka datanglah Miswar bin Makhramah lalu diletakkannya tangannya di atas bahuku. Ketika itu, Abu Rafi' maula Nabi saw. datang pula. Katanya, "Hai, Saad! Belilah dua buah rumahku yang terletak dalam kampungmu." Jawab Sa'ad, "Tidak! Tidak mungkin aku (sanggup) membeli keduanya." Kata Miswar, "Demi Allah! Harus, engkau beli keduanya!" Jawab Saad, "Wallah! Aku tidak sanggup membayarnya lebih daripada empat ribu secara menyicil." Kata Abu Rafi, "Orang telah menawarnya kepada ku lima ratus dinar. Kalau tidaklah kerana aku mendengar Nabi saw. bersabda: Tetangga lebih berhak dengan yang berdekatan dengannya, tidaklah akan ku berikan rumah itu kepada mu dengan harga empat ribu, kerana orang telah menawar kepada ku lima ratus dinar. Akhirnya rumah itu diberikannya kepada Saad." |