Hadis Sahih Bukhari No. 1100 Jilid 2 Topik adalah JualBeli 1100. Dari Abdullah bin Abu Mujalid r.a., katanya Abdullah bin Syaddad bin Haad pernah berbeza pendapat dengan Abu Burdah tentang salaf. Lalu mereka utus saya kepada Ibnu Abi Aufa. Lantas saya tanyakan kepadanya perihal itu. Jawabnya, "Sesungguhnya pada masa Rasulullah saw., pada masa Abu Bakar dan pada masa Umar, kami pernah mensalafkan gandum, sya'ir, buah anggur dan kurma. Dan saya pernah pula bertanya kepada Ibnu Abza, jawabnya pun seperti itu juga. " |