Hadis Sahih Muslim No. 1098 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1098. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari 'Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka puasa pada hari itu). Jawab mereka, "Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan Bani Israil atas Fir'aun. Kerana itu kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa." Maka bersabda Nabi saw., "Kami lebih patut memuliakan Musa daripada kamu." Lalu beliau perintahkan supaya kaum muslimin puasa pada hari 'Asyura. |