Hadis Sahih Muslim No. 1096 Jilid 2 Topik adalah Puasa 1096. Dari Abdurrahman Ibnu Yazid r.a., dia menceritakan bahawa Asy'ab bin Qais r.a., pernah datang ke rumah 'Abdullah ketika dia sedang makan. Lalu kata 'Abdullah, "Ya, Abu Muhammad! Mari silakan makan!" Jawab Asy'ats, "Bukankah hari ini hari Asyura?" Jawab Abdullah, "Tahukah engkau, apakah hari 'Asyura itu?" Kemudian dia melanjutkan, "Hari Asyura adalah suatu hari di mana Rasulullah saw. pernah puasa sebelum perintah wajib puasa Ramadhan diturunkan. Tatkala perintah kewajiban puasa Ramadhan telah turun, maka puasa 'Asyura itu ditinggalkan beliau." |